Tuesday, May 24, 2011

aku marah boleh

Kau tahu, aku benci kau!

Aku benci bila kau kata macam tu.

Benci bila kau buat aku macam ada tak de.

Kau tahu, aku sakit hati.

Kalau aku tak cakap, tak call ko kata aku tak pentingkan kau.

Bila aku call ko jawab “ada apa?”.

Kenapa, aku kena ada apa apa ke baru boleh call.

Hahh, lahanat!

Okay, lepas ni kalau aku accident, kalau aku kena langgar lori,

fine! Aku call kau.

Baru puas hati kau bukan.

Siang kau kerja, aku kerja.

Apa salahnya malam kau bagi waktu walau sejam untuk aku.

Ini tidak, semua waktu untuk game.

Dan akhirnya aku tertidur.

Gembira kan kau.

Tak perlu bazir kredit bukan.


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

Saturday, May 21, 2011

aiskrim?

Aiskrim.

Wahh, musim panas gini memang lazat pekena aiskrim kan uolls.

Okay, masuk cerita.

Cerita yang masuk otak aku siang tadi lalu mengukir senyuman di wajahku.

Har har har

Ayat tetiba jijik.

Okay okay, kembali!

Tadi siang aku kerja, hari ni tak berat sangat. Aku tolong taukeh bungkus asam je.

Yang lain pun tak berapa berat. Tak tahu kenapa, customer agak kurang. Maklumlah, kan hari jumaat. Mungkin malam tadi masing masing letih berusaha. Atau mungkin si isteri sakit kaki atau pinggang.

Ingat senang ke nak bekerja malam malam?!!

Ehh, apa aku cakap?

Maaf, maaf.. mamai.

Sedang bungkus asam tu, aku terdengar gurauan rakan rakan sekerja aku yang lain.

K.a: abg e, belanja aiskrim?!

Abg.e: banyaklah kau punya duit!

k.m: ala, boleh lah abg e.nak aiskrim. Panas ni..

abg.e: meh sini lah. Ko nak aiskrim yng sejuk ke yang panas? Yang panas aku ada. tp kalau aiskrim Malaysia aku ada sebatang je lahh. kalau aiskrim mangkuk boleh kongsi la sebab ada 2.

Pfffttt.

Aku terdiam.

Cuba memahami.

Dan sampai kini, aku masih keliru.



jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

Friday, May 20, 2011

nur dan lanun for today!

19may2011

Hari tayangan pertama movie yang ditunggu-tunggu ramai di batu pahat mall, pirate of the Caribbean dan nur kasih the movie.

And aku seriously rasa bangga dapat tenguk movie ni bersama 2insan tersayang aku. My best buddy, fatihah shafiqah dan boyfren terchintakk muhd faliq!

Rasa disayangi diapit 2 orang tersayang ni.

Har har har

aku, pergi bersama fatihah, si mok dan pulang bersama faliq si munch.

Mok balik awal sebab mamanya akn marah bila balik malam.

Aku? Bersama faliq lagi,lewat.

Tonton cerita lanun yang best lah jugak, beli barang sikit. Aku dengan my girl stuff, eye liner dan bb foundation.

Dan munch dengan boy stuff, screw driver,ps cd, n…joystick. Kot lah joystick, aku tak tahu lah pe namanya.

Ala, yang kalau main ps2 tekan tekan uh. Tempat picit2 uh. Lupa aku. Ehh, silap. Aku memang tak tahu. Har har har

cerita/movie?

How was it?

bg aku filem nur kasih ni okay lah, walau tak best mana pun actually. Tapi boleh lah feeling2 sedih time part emo2 uh. Bg aku cerita ni ditahap yang sederhana. Tak hebat sangat un, and tak lah teruk..well, memang tak teruk lah. Boleh lah, kalau nak bawa family tenguk. Banyak pengajaran.

Pirate pulak?

Yes, sama macam nur kasih juga. Tapi best banyak lah. Klaka ada, ngeri ada, suspen ada, sweet2 ada, hehem2 sikit je.

Har har har.

Tapi kali ni citer ni best sebab kapten jack kita ada tunjukkan feeling2 cinta dia. Dan dia lawak doe.

Har har har

Shopping done, movie done, camwhore…?

Here we go..

With best buddy, fatihah also known as gelek or mok

.

.

.

And mr faliq my hub a.k.a mr munch or actually munchet.

.

.


everything was done but...smtng missing...

what was it?

ohh, mcd time!!

Finally dapat pun makan ayam mcd!

Siap tapau sekali.

Har har har


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

Tuesday, May 17, 2011

cakapcakap serius

Antara movie melayu dan omputeh mana uolls prefer?

Ramai dari member member aku suka tengok movie omputeh. Sebab apa ek?

Dan kalau Tanya aku, aku pun lebih suka tengok omputeh punya filem.

Well, bukan tak mau sokong industri filem Malaysia.

Tapi kau tenguklah filem melayu macam mana.

Aku tenguk jugak movie kita.

Kena yang best, memanglah mantoopp.

Tapi kalau yang cam hampeh..tak ke ko rasa membazir?

Selang bape minggu ko da bole tengok kat youtube.

Tahu lah kaya, tapi bagi aku yang miskin ni tiket wayang yang rm10 tu mahal tahu, walaupun bukan aku yang bayar kan.

Sampai hari ni satu satunya filem melayu yang cambest Cuma cerita si merong tu. Walaupun best tapi ko tenguklah. Ribut macam nak rak tapi pokok kelapa static je.

Cayalah.

Cerita haq pulak, memang aku menyumpah tak henti.

Rasa trauma sampai sekarang.

Kalau cerita hantu tu pulak, haiyaaa. Balik balik sence sama je kan. toleh blakng muka hodoh, dongak atas muka bulldog. pfffttt

Plot cerita tak interesting betul. Tu yang aku malas nak layan movie melayu ni.

Aku tak kata movie melayu suck and international movie superb. Banyak juga movie luar yang suck. Tapi kalau nak dibuat perbandingan, kita memang jauh ketinggalan.

Baik dari segi kualiti ataupun teknologi.

Dan producer2 Malaysia sekarang memang patut usaha gigih lagi.

Kru group, satunya group yang ada impak besar kat Malaysia ni, hopefully mereka akan lebih maju dan dicontohi yang lain.

Ok,fine!

Banyak pulak aku membebel. K bai.


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

apa suda jadi

Okay guys.

Aku rasa terkesima sangat.

Before ni aku pernah masak tomyam.

Dan hari ini aku mahu masak lagi.

Siap berbelanja bagai.

Aku mula lah memasak.

Kat tengah proses tu kan, aku tak tahu mana yang silap.

Bila aku rasa, pahit syall!!

Madafaka lol.

Aku yang panic ni pergi lari lari anak kat mak aku.

Mak aku pun tak tahu.

Aku pasti aku tak letak panadol. Pfffttt

Mak aku syorkan aku tus kan, buang kuahnya dan masak semula.

Aku buat semula, tapi aku tak buat tomyam dah.

Aku buat paprik, dan alhamdullilah kali ni hasilnya paprik yang lazat.

Huhh, memasak itu mencabar sebenarnya.


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

b.a.b.i

Ouh salam readers.

Lama tak buka lappy rasanya, online dan update jauh sekali.

Maklumlah, sejak akhir akhir ni makin ramai pulak customers yang datang.

Balik letih, tu yang awal lenanya.

Btw, aku nak share nan uolls pengalaman yang ngeri bagi aku.

It happened a few days back.

Masa tu aku baru balik dari kerja.

Aku Nampak, kepala manusia cium tanah dengan darah mengalir.

Seriously, aku takut.

Aku nak berhenti, nak tolong.

Tapi aku tak berhenti sebab ramai kenderaan kat situ.

Let’s say kalau aku berhenti..What will happen then?

Of’coz traffic jam will becoming more worst and worst right?

That y la aku bla je.

And lepas tu aku rasa serba salah pulak sebab tak bantu dia.

Tapi aku sedapkan hati..yaaa, dah de orang tolong dia okay.

Tapi aku agak terkilan lah. Masa aku lalu tempat tu kan..

Aku terdengar ada sorang mamat ni cakap”da kojol lah tu”

Aku dengar dengan jelas sekali maklumlah dah mamat tu cakap dekat sebelah aku. And aku bawak moto tak sampai 10km/h kn..

That kinda rude lah!

Bukan nak tolong tapi cakap macam tu pulak. Siauuu punya olang.

Seriously balik tu tangan aku sejuk. Takut lah. Dan esoknya masa aku pergi kerja, bekas darah kat jalan tu tak hilang lagi uolls.

Then hari ni baru mak aku cerita orang yang accident tu ada ikatan bau bau bacang dengan ku. Puncanya? Langgar babi hutan melintas.

Akibatnya, patah kaki kedua dua belah dan tulang pipi hancurrrrrr. Kau mampu..?

Okay, pengajaran, bawalah kenderaan berhati hati.


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

Thursday, May 12, 2011

rumah-bpmall-mcd-summit-muar-rumah

Salam readers.

Tadi aku ke mall.

Ambil spec baru.

Dan tak lupa, lu langsi lu mati.

Seriously, awesome!

Humor dia memang menjadi.

Klaka, even ending dia macam hampeh sikit.

Aku rasa dia buat ending macam tu orait la jugak. Sebab dorang buat sekuel ke hape. Yang pasti, kalau ada sekuel, confirm aku tenguk.

Best woo.

Cam bodo bodo pun ye.

Haha.

Tak kering gusi jugak la, walaupun ada scene terbang terbang lompat tu agak kantoi. Tapi diorang cover dengan lawak jenaka. So, takpe lah. Kalau buat betul betul pun tak boleh juga. Nampak tak logik pulokkk.

Lepas tu layan mcd yang aku idaman.

Tapi tadi rasa sangat tak puas hati. Nak menangis pun ada.

Aku ni da lama mengidam ayam goring mcd spicy, then bole dia cakap tak de. Sampai hati gila.

Last2 makan double cheese. Sighhh.

Dan peneman aku, mr munchet pulak…haiyoo. Layan double spicy chicken mcdeluxe.

Then kami bertukar daging, dan ayam. Maklumlah, kan masing2 double.

Huihh, agak selekeh di sini.

Dan setusnya ke mall lain. Hampa sekali sebab mcd kat mall tu pun kata ayam goring dah habis. Macam nak bakorr jerr..

Nak releasekan kegeraman dengan mcd, kami ke tempat biasa kami. Tanjung agas muar.

Lepaking… before tu, singgah di shell. haha, perut si teman problem. sementara aku di kereta feeling spec baru.


Dan pulang, singgah sebentar di satu gerai...

heyy!

Ayam golek mari.

Nyummyyy!!!


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

menabung

Amalan menabung memanglah terbukti sangat bagus.

Janganlah kau nak deny.

Aku pernah cuba tapi tak Berjaya pun. Ala, baru simpan sikit esok dah buka tabung.

Hahaa. Itulah aku. Tapi bukan adik aku. Dia memang pandai jimat cermat.

Bila tenguk tabungannya, rasa cemburu berganda ganda. Haish, rasa geram lah. Nk ambik boleyyy?

tenguk tu, walaupun hanya pakai tin biskut munchy, tapi jangan kau perlekeh. penuh tau satu tin tu.


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

awesome okay!

Actually aku nak update pasal moment aku ni semalam and semalamnya. Tapi kemalasannya, masyaallah!

Hari selasa, means kemarin aku ke batu pahat mall. Nak bayar duit broadband, buat spect dan selanjutnya.

Well, baru gaji la katakan..

Yang tak enak didengar, by at the end of the day, gaji aku habis.

Zaasss. Aku tak lah boros okay. Gaji ciput yang aku dapat tuh, separuhnya mak aku. 100 untuk celcom, 1oo untuk ganti lens spect, da rest aku je yang tahu.

Tak lupa movie time. Fast and furios, movie ni memang awesome!

Cinema masih penuh even da berapa hari ditayangkan.

Tapi kali ni aku dan mr munchet ke k.box.

Bukan aku yang melalak. Dia sahaja. Suara ala ala katak. Tapi tak mengapa. Dia punyai keyakinan diri menyanyi dihadapanku. Tak seperti aku yang tersipu sipu malu. Hahaa

And today once again kami akan kembali ke sana. Ambil spect yang siap semalam. Kali matlamatku,

mcd!!!

Ohh, mengidam dah aku.


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

nuffnang buat aku tak tahan

Bukan tak tahan nak menunggu be aku naik.

Tapi tak tertahan nak tenguk filem lanun tuh.

Tadi, ntah apa angin aku duk belek belek blog nuffnang.

Terbaca entry mereka pasal citer tu. Well, aku memang la lama suka tenguk cerita ni. Sejak yang first dulu. Mula mula tu tenguk sebab johnny deep. Haha, bloom kalah la.


sebab abang jack lah aku nak tenguk movie ni..

well takkan lah sebab dia pulak kan

Then, lepas first time tenguk terus terpikat. Cayalah!!

So, bila aku dengan khusyuknya membaca entry tersebut dengan tidak semena menanya jiwa bergelocak. Semangat merong berkobar kobar!!! Aku nak tenguk! Tak kira walau

apa rintanan yang berlaku.

19may kan..or 20..

I’m not sure.yelah tarikh tayangan kat setiap tempat kan lain.

Macam kat batu pahat ni ada 3 cinema, mbo, big cinema and golden screen.so kta tenguk lah mana paling cepat untuk diserbu!!

Pirates o’ the Caribbean: On Stranger Tide

Here I come!

But b4 that, uolls bole lah check nuffnang punya blog sebab dia buat contest ni. Join lah kalau uolls nak habuannya tuh.

All da best! ;)


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

Monday, May 9, 2011

dislike bola

Kenapa aku benci tak suka bola sepak?

Ye, aku memang tak suka. Serius, tak hipokrit.

Aku tahu ramai awek kat luar sana tu tak suka bola sepak

But still pretend like they like it much.

Semua atas dasar nak takel boyfren bukan?...

Yelah, certain boys suka gegirl yang suka bola.

Serius, memang ini fakta.

Bukan semua. Segelintir je, da rest uh memang minat pun.

N aku quite impressive la kat uolls tu.

Sebab kalau aku lah kan, aku tak sanggup nengoknya,

Tak de feel langsung. Pelik, badminton, takraw, etc bola pulak aku layan.

Aku tak suka tenguk bola sebab aku tak paham.

Aku tak sabar tunggu.

Bola ke sana ke mari, susah giler nak masuk gol.

Moment bola tu gol, tu lah satu satunya benda yang boleh diterima akal aku kalau sebut pasal bola.

N sebab utama aku dislike bola actually sebab aku rasa sangat diabaikan.

Punyai boyfren yang minat bola memang perlu sabar. Kalau ada bola confirm mesej berbalas setengah jam satu. Palng cepat lah tu.

Ada bola, aku dilupakan.

Pernah sekali aku call mr munchet.

Ye, dia jawab. Tapi lambat.

Tahu apa yang aku dengar masa tu?

“hey, bongok. Kanan r banggang…haaa, ye hello? Nape?”

Aku baru je cakap” heell”

Tak sempat pun habiskan hello tu aku dah dengar “adoiii, lg sikit!!!’

See, memang dia tak mahu cakap nan aku pun.

Tapi aku bersyukur juga sebab selalunya bola mula pukul 2 3 pg.

Kalau kat Malaysia ni ha,,,musim bola je musim gado.

Baling botol la, mercun lahh.

Ni la orang otak letak kat bontol.

Pe jadah buat gitu…?

Musim bola je warung penuh.

Makannya tidak, minum pun kadang kadang je.

Datang sebab nak tengok bola. Tu lah, sapa suh tak mo pasang astro.

Yang jadi mangsa aku.

Lapor lapor, masuk je kedai dah tade meja kosong. Mahu tak bengkek…haiseyyymannn.


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

quit bole?

I’m quit!

Boleh tak?

Cepat sungguh aku berputus asa.

Aku terfikir je. Esok lusa dah tak lah.

3 hari ni semua kerja aku serba tak kena.

Aku salah keluarkan barang lah. Bagi barang tak cukup lah.

Dan hari ni salah Photostat pulak..

Aiyoo. Aku tak perasan lah.

Dah buat seratus lebih muka surat pulak tu.

Sebab rasa serba salah, aku bayar balik.

Taukeh aku tak tahu pun. Tapi well, tak sedap hati lah kan..

Bayar balik ibarat minta maaf lah. Dan aku terpaksa buat balik. Berjam jam aku berdiri. Penat tahu.

Kejang kaki semua. Nak buat bukan senang dan banyak pulak tu.

Uolls bayangkan lah, satu buku sejarah form4. Gila mu tak banyak!

Tu yang balik lambat hari ni. Tp tak siap jugak dan terima kasih kak minie sebab sambung kerja.

Terima kasih banyak banyak yer.

Balik tadi, hampir accident.terbabas. nasib baik tak jatuh. Ya allah, takut sangat. Kalau jatuh sakit tahu.

Syukur selamat.


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

cinta mendalam

Aku tahu uolls dah jemu.

Yelah, sape berani bet nan aku dia tak baca lagi entry pasal mak?

Takot an..

Tapi aku kesah ape. Aku nak jugak tulis entry pasal mak aku.

Yup, my mom!

Kamsatin binti kasan.

Ha? Hari ibu haram?

Then what?

Aku berparti ker?

Nope. Aku Cuma nak tulis entry je. Nak cakap terima kasih kat mak aku sebab jaga makan pakai aku.

Sara aku.

Masukkan aku ke sekolah, hantar aku ke u walaupun tanpa ayah.

Ye, ibuku ibu single.

Tanpa mak, aku memang tak pernah jumpa tanah, tak pernah wujud pun.

Mak, I love u. *applause* Thanks 4 being the best mom ever!



jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

Sunday, May 8, 2011

gether..gether gitu.

hari ni macam biasa, aku akan bekerja.

Semalam baru lepas gaji. Semangat bekerja dengan lebih bersungguh akan lebih berkobar lagi.

Dan untuk mr munchet, I lebiu!!!

Maaf, tak dapat datang ke majlis perkahwinan u..

Ehh!! Perkahwinan abang u. muhd firdaus b. md siam.

Tahniah lah bang.

Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan. Dapat banyak banyak anak tahu!

Bestnyer, dapat banyak anak sedara.hekeke. perasan. -___-


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

benang durjana

Hari ni aku rasa sangat moody dan tak best..ehhh, hari ni ker?

Hari ni 8hb. Well, maksud aku semalam.

Geram dengan seorang customer ni.

Aku tau lah aku ni sales assistant jer, mak cik…

Mak cik tu, mintak benang warna hijau.

Masalahnya, yang namanya warna hijau tu ada beribu jenis. Yang pekat, yang cair.

Kalau salah pilih confirm 110% ko marah aku punyer.

Sapa lah yang suka kena marah kan.

So, aku ambil langkah selamat dengan memanggil mak cik tu.

Lembut je suara aku..”mak cik, mak cik nak benang yang macam mana ni? Yang macam ni? Atau yang macam tu(sambl menunjukkan benang tersebut”

Sekali tu mak cik tu sembur aku uolls.

Ee, sakit lah hati. Siap request nak orang lain. Tak mau aku layan dia.

What da…

Ok fine, aku cari lah orang lain.

Terguris hati tau.

Lantak ko lah mak cik. Amekkau!

Aku tak tahu lah mak cik tu dapat tak benang yang dia nak.

Then selang beberapa jam. Tiba tiba,aku Nampak mak cik tu datang lagi. Eee, sibuk jer.

Ehemmm, hipokrit lagi aku.

Senyum…”ye, mak cik kenapa?”

Mak cik tu dengan muka kelat”ni ha, tak maching lah kaler benang ni dengan baju”

Then…aku dengan pantasnya jawab”ok cik, tunggu jab”

Dalam hati, ha..padan muka kau!

Aku cari orang lain. Kang dia mengamuk lak kalau aku ambil benang tuk dia.

Apa yang aku nak sangat cakap kat mak cik tu….

Mak cik, walaupun saya kerja baru sebulan. Tapi kan….saya belum pernah jumpa orang yang cari benang dapat benang yang betul betul match dengan warna kain selain WARNA PUTIH dan HITAM.

Hari aku rosak sebab mak cik tu.

Aku bangun pagi dengan fikiran positif. Sebab fakta menunjukkan, dengan berfikiran positif sejurus bangun tidur akan menjadikkan sepanjang hari akan menjadi hari yang positif juga.

Well…at the end of day tu, my taukeh call me..and she gave my first salary.

Hahaha, mak cik I got money and you got nothing. Dah la tak dapat benang! Hahaaa. Jahatnya aku. Well, like I care. Bajet bagus.


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

Thursday, May 5, 2011

zwan sabri, terima kash :)

Spesial thanks to zwan sabri kerana anda aku telah megesan problem mengapa dh agak lama tiada komen di blog huduh aku ni.

Beliau telah tinggalkan nota penting di shoutbox aku. Katanya tidak boleh komen.

So aku pun da rasa cuak. Cuba komen di blog sendiri. N yeah!!!!

Memang tak boleh. Malas nak panjangkan cerita, aku buka setting biar comment box tu jadi pop up je.

Yelah, nak duk belek belek siasat pe yang tak betulnya tak reti pulak aku.. walaupun usaha mencantikkan ccomment box aku before ni macam kerja sia sia, tapi tak pe lah. Janji uolls mudah mengomen lepas ni.

So, aku memang berterima kasih kat zwan sabri. Aku hutang budi kat ko doe…


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

muhasabah diri

Pening fikir masa depan. Kerja apalah aku nanti..

Aku tak bercitacita tinggi pun. Cukup lah seadanya. Maksud aku, dapat tampung mak adik dan keluarga yang mendatang nanti sudah cukup bersyukur dah.

Hidup mewah memang bukan dalam list lah.

Jadi anak sulong memang bagi aku agak membebankan.

Aku bukan nak mengeluh.

Tapi memang itu yang aku hadapi.

Mak dah lah bu tunggal, adik aku pula agak berbeza.

Sejak abah tiada, aku lah lelak dalam keluarga tu.

Aku cukup paham tanggungjawab aku. Mak pun bukan muda lagi.

Dan kau faliq…kalau kau ikhlas mahu aku, silalah terima aku seadanya.

Aku tak sempuna serba serbi.

Cinta aku bermaksud cinta keluargaku juga.

Kelak, kalau kita berjodoh.. ibumu ibuku, bapamu bapaku, dak ibuku ibumu. Kau mengerti bukan?

Aku mahu kau sedia, hadapi susah senang bersama.


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)

update dah.

Lama dah tak update kan uolls.

Laptop kat faliq, dia guna. Semalam dia pulang dah.

So, sekarang dah boleh Nampak aku dah.

Sediakan diri anda dengan melihat aku online fb, twitter. Dan menghupdate tumblr, blog!

Btw, semalam aku ke negeri sembilan.

Sekolah lama, sekolah menengah teknik tuanku jaafar.

Ambil sijil spm. Cadangannya mahu ambil bersama fatihah shafiqah.

Tapi tak jadi, dan akhirnya aku pergi bersama kekasih hati, Muhammad faliq b. md siam.

Perjalanan mengambil masa 2 jam sahaja.

Satibanya di sana kami sesat sekejab. Maklumlah tak kenal jalan. Huahaha.

Sakit telinga aku kena bebel dengan faliq. Haishh.

Lastlast sampai juga kat sekolah tu. Lepas tu kononnya mahu ke port dickson. Tapi tak jadi, dan akhirnya kami ke Melaka. Bandar hilir. Lepak sana, dan makin lama makin bosan. Terus ke tempat biasa kami, tanjung agas muar. Walaupun just duduk duduk saja, tapi best. Mungkin sebab tempat tu banyak moment kami.

Balik tu melayang rm100++ sebab tukar tayar kereta dia yang botak itu. Haha.

Aku cakap. Ukir jela balik. Kannn dah tak botak. Deyhh, kena gigit tgn. Kuang ajo ko faliq!!

Malang punyer nasib, da nak sampai umah tayar pulak bocor. Langgar lubang.

Nasib baik hampir sahaja dengan bengkel bapanya dan dia cekap membaiki tayar. pieeewett!

That my man!!


jangan segansegan malumalu tinggalkan komen ;)